Isnin, 2 Mei 2016

DSA 2016 - Ringkasan Perolehan

Tahun ini, di DSA 2016 yang berlangsung pada 18 sehingga 21 April lalu menyaksikan beberapa kontrak perolehan seperti berikut :

222 buah Trak 3 Tan GS Kargo diperolehi - Foto Internet (Motoring-Malaysia.blogspot)
  1. Perolehan 222 buah trak tan GS daripada DRB-Hicom Defense Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) dan alat ganti dan servis untuk PT-91M oleh Defense Services S/B bernilai RM333 juta.
  2. Kontrak perolehan sistem Starstreak beserta komponen radar dan pelbagai jenis pelancar bernilai RM897 juta dengan Global Komited Sdn. Bhd.
  3. Kontrak perkhidmatan sewa helikopter untuk latihan oleh TUDM berjumlah RM74 juta dengan Gading Kasturi Sdn. Bhd.
  4. Kontrak sistem pengawasan pelabuhan dan pengesanan bawah air berjumlah RM24 juta dengan Puncak Teknologi (M) Sdn. Bhd.
  5. Kontrak sistem simulasi latihan `virtual' maya untuk Tentera Darat bernilai RM53 juta dengan Flumen Technologies.
  6. Kontrak pembelian 6 buah heli tinjauan/tempur ringan MD530G bernilai RM321 juta dengan Halaman Optima Sdn. Bhd,
  7. Projek Selenggara komprehensif atau `Refit' untuk dua kapal selam TLDM Kelas Tunku Abdul Rahman berjumlah RM1.17 bilion dengan Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd.
  8. Surat terima 22 buah trak 5 tan GS 4x4 untuk Tentera Darat dengan AVP Engineering Sdn. Bhd. bernilai RM15.4 juta.
  9.  Surat terima membekal helmet balistik FAST untuk Tentera Darat dengan Usahawan Pakaian Saling Erti Sdn. Bhd. dengan nilai RM34.5 juta.
  10. Surat terima dagang pertukaran (barter trade) peluru berpandu Otomat MK 2 dengan 8 unit EOFS bagi Skuadron Korvet ke-24 oleh Astra Permai Sdn. Bhd. dengan kos RM34.5 juta
  11. Surat Hasrat pembelian M109A5 SPG untuk Tentera Darat dengan Kerajaan Amerika Syarikat.

M109A5 Meriam Bawaan Kendiri atau `Self Propelled Gun) SPG . Foto Internet (www.doppeladler.com)

Jangkaan perolehan M109A5 ini mungkin sekitar 18-24 buah. Cukup untuk melengkapkan satu rejimen SPG. Rejimen ini akan digunakan untuk menyokong Rejimen Armor sebagai kuasa tembak sokongan apabila rejimen armor membuat serangan.

Berdasarkan sumber internet, M109A5 ini adalah versi dilengkapi meriam kaliber 32 M284 dengan kemampuan menembak menggunakan projektil tanpa bantuan sehingga 23.5 km dan menggunakan projektil bantuan tujahan sehingga 30km. Jarak jangkauan pergerakan SPG ini sehingga 350km. Kos sebuah melalui bantuan FMS Amerika Syarikat adalah sekitar USD300,000.00 bersamaan RM1.2 juta sebelum tingkat upaya, PP menjangkakan, kos keseluruhan untuk program ini mungkin akan cecah sehingga RM50-60 juta di mana kos melibatkan tingkat upaya sistem komunikasi, sistem kawalan medan tempur atau BMS (battlefield management system) serta pelbagai aspek lain seperti amunisi dan lain-lain.

Melihat pada kosnya yang agak berpatutan, adalah wajar TD menyesuaikan diri dengan doktrin yang bersesuaian memandangkan TD tidak pernah mengoperasikan SPG sebelum ini. Jumlah 24 buah ini akan membantu TD merangka pelan operasi yang bersesuaian dan doktrin yang mungkin dapat diperkemaskan sekaligus memantapkan operasi rejimen SPG di negara ini. Sehingga kini, TD memiliki aset seperti Adnan dan Gempita yang mencecah sehingga 500 buah. Adalah diharapkan pada masa hadapan, TD akan mula menggunakan kereta kebal dan SPG dipasang dalam negara sebagaimana Adnan dan Gempita. Ini akan membolehkan negara memiliki kepakaran dan industri yang menyokong keperluan TD untuk jangka masa panjang.

Secara ringkasnya, perolehan pada DSA 2016 memperlihatkan Kerajaan terus peka dan berterusan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan ATM mampu menangani sebarang ancaman sama ada konvensional atau asimetri.


8 ulasan:

  1. bila agaknya Malaysia boleh ada kapal pengangkut helicopter. Filipina sekurang2nya telah ada kapal logistic yg baru diterima dpd Indonesia dan akan menambah 3 buah lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami di saat kesusahan dengan menanggun 9 anak,kami berprofesi penjual ikan di pasar hutang saya menunpuk di mana-mana sempat terpikir untuk jadikan anak bekerja tki karna keadaan begitu mendesak tapi salah satu anak saya melihat adanya program pesugihan dana gaib tanpa tumbal kami lansung kuatkan niat,Awalnya suami saya meragukan program ini dan melarang untuk mencobanya tapi dari yg saya lihat program ini bergransi hukum,Saya pun tetap menjelaskan suami sampai dia ikut yakin dan alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan bantuan aki melalui dana gaib tanpa tumbal,Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan
      hubungi Ki Witjaksono di:+62852-2223-1459
      selengkapnya klik-> PESUGIHAN TOTO MAGNUM TANPA TUMBAL

      Padam
  2. TLDM memang memerlukan kapal logistik bagi menggantikan dua kapal MPSS yang telah lama dioperasikan. Buat masa ini peruntukan belum ada, kapal logistik ini ada banyak konfigurasi, versi TLDM mungkin berbeza dengan apa yang ditawarkan di pasaran.

    BalasPadam
  3. malaysia tu harus kuatkan jet pejuang yg banyak,kapal destroyer....jelas cina dah siap perang kat lcs tapi kita nie diam jer....filipina berpuas hati ngan kapal angkut helicopter buatan indon.....indon pula dalam diam bina tambahan kapal lpd yg lebih besar.....dan siap bina destroyer iver pula untuk hadapi cina

    BalasPadam
  4. Hebatnya kereta kebal tentera Malaysia

    BalasPadam
  5. Perkataan menghibur diri kawan drpd realiti kereta kebal malaysia yang buruk sangat

    BalasPadam
  6. Bersatupadulah sahabatku Malaysia bersama kami Indonesia. Sejatinya kita bersaudara,, lawan sebenar kita iaitu duplicate israil, singapork yg nakal.

    BalasPadam
  7. Bersatupadulah sahabatku Malaysia bersama kami Indonesia. Sejatinya kita bersaudara,, lawan sebenar kita iaitu duplicate israil, singapork yg nakal.

    BalasPadam